Skip to main content

505 Games dan All In! Games hari ini mengumumkan yang mana permainan Ghostrunner yang akan dilancarkan pada 28 Oktober 2020 ini akan menerima kemaskini naik-taraf percuma untuk konsol PlayStation 5 dan Xbox Series menjelang tahun hadapan.

Ini bermakna, buat mereka yang membeli permainan ini di konsol PlayStation 4 dan Xbox one, pemain akan menerima segala penaik-tarafan visual permainan tersebut. Namun 505 Games tidak berkongsi sebarang maklumat terperinci berkenaan penaik-tarafan yang akan diterima.

Ghostrunner adalah permainan aksi pedang yang mana pemain akan bertempur dengan pelbagai jenis musuh disamping menyelesaikan beberapa tekaria permainan ini. Kami sebelum ini juga telah berkongsi pandang pertama permainan ini di mana anda boleh membacanya di sini.

Ghostrunner akan tiba di konsol PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC pada 28 Oktober 2020 ini. Untuk informasi lanjut berkenaan permainan ini termasuklah beberapa kandungan pra-tempahan khas, anda boleh membacanya di sini.

Leave a Reply