Melalui laporan Gematsu, di dalam informasi pembelian permainan Guilty Gear Strive, Arc System Works mengesahkan yang mana pemain yang membeli permainan tersebut di konsol PlayStation 4, akan menerima penaik-tarafan secara percuma di konsol PlayStation 5.

Pada masa yang sama, mereka juga merancang untuk membawa sokongan rentas-platform antara dua konsol tersebut. Namun rentas-platform tidak akan menyokong antara platform lain iaitu Arked dan PC melalui steam.

Pada masa yang sama, Arc System Works juga menyatakna yang mana versi penaik-tarafan akan mempunyai peningkatan visual dan skrin pemuatan yang lebih pantas. Dari segi informasi lanjut lain termasuklah edisi Ultimate yang diumumkan sebelum ini, Arc System Works mengesahkan ia hanya akan tiba di konsol. Anda juga boleh membaca keseluruhan informasi pembelian tersebut melalui laman rasmi Guilty Gear Strive.

Guilty Gear Strive adalah permainan perlawanan berdasarkan siri Guilty Gear yang mana ianya memfokuskan bentuk pertempuran yang menggunakan senjata dengan pelbagai watak menarik. Ia akan tiba di konsol PlayStation 4, PlayStation 5 dan PC melalui Steam pada 9 April 2021.

Sohor Kini