Skip to main content

Dengan keadaan semasa Covid-19 yang membuatkan industri perfileman tidak meriah seperti sebelum ini, penyedia-penyedia pawagam mempunyai masalah untuk mendapatkan pengunjung terutama kerana pilihan filem yang terhad selepas kebanyakan filem utama telah ditunda ke tahun-tahun depan.

Sebagai salah satu usaha mereka untuk mempelbagaikan penggunaan pawagam, GSC telah mengumumkan ‘Gaming Cinema’. Melaluinya anda boleh membawa platform pilihan anda untuk bermain menggunakan paparan di dalam pawagam.

Berikut adalah pilihan pakej yang ada;

  • Pakej 1: RM188 untuk 3 jam (+RM70 untuk sejam tambahan)
  • Pakej 2: RM250 untuk 3 jam (+RM100 untuk sejam tambahan) – ia akan menyertakan makanan dan baucar makanan.

Buat masa ini, tawaran ini adalah pawagam-pawagam terpilih sahaja iaitu GSC Queensbay Mall, GSC Ipoh Parade, GSC AEON Melaka, GSC Paradigm Johor. Mereka akan mengumumkan tambahan pawagam dari semasa ke semasa.

Leave a Reply