Blizzard telah mengumumkan yang penambahan seterusnya untuk Hearthstone iaitu Madness at the Darkmoon Faire akan dikeluarkan pada 17 November ini. Seperti penambahan lain ia akan menyertakan 135 kad baharu.

Penambahan ini akan membawa kembali beberapa kad-kad daripada penambahan Whispers of the Old Gods yang dikeluarkan pada tahun 2016 tetapi yang telah diolah semula. Antaranya adalah kad C’Thun dan Yogg-Saron yang akan mempunyai kuasa berlainan.

Mereka juga akan memperkenalkan keyword baharu iaitu Corrupt, di mana kad tersebut akan menjadi lebih berkuasa selepas pemain menurunkan kad yang lebih berkuasa. Kad-kad baharu akan dikongsi sepanjang bulan November ini.

Selain penambahan, Blizzard juga akan menyertakan mod permainan baharu iaitu Duel dan juga sistem kemajuan yang diubah-suai.

Mod Duel adalah seperti Arena, akan tetapi pemain akan bermula dengan dek sendiri, sebelum dapat menambah pelbagai kad lain sepanjang sesi permainan. Ia boleh dimainkan secara percuma melawan pemain lain, ataupun berbayar melalui mod Heroic yang akan memberi ganjaran mengikut jumlah kemenangan.

Mod ini akan sentiasa mempunyai tema berbeza mengikut musim, bagi yang pra-tempah penambahan Madness at the Darkmoon Faire, mereka berpeluang untuk mencuba mod tersebut lebih awal iaitu pada 22 Oktober. Ia akan tiba secara beta untuk semua pemain pada 12 November.

Bagi sistem kemajuan pula, mereka telah menyertakan beberapa perubahan yang akan memberi pemain lebih cara untuk mendapatkan ganjaran, ia akan tiba pada 12 November ini.

  • Achievements System – Pelbagai achievement akan disertakan, ia adalah berdasarkan sesi permainan pemain.
  • Reward Track – ia berfungsi seakan Battle Pass dan akan hadir setiap musim. Terdapat 50 tahap untuk Reward Track, setiap tahap akan memberikan ganjaran berbeza seperti Gold, Pek dan juga barangan kosmetik.
  • Quests – Selain misi harian, akan disertakan misi mingguan dan juga misi khusus untuk acara masa terhad.

Pra-tempah untuk Madness at the Darkmoon Faire kini dibuka dengan dua pilihan iaitu Berkas Mega – $79.99, yang menyertakan 80 pek bersama dengan 5 pek Golden. Berkas biasa pula berharga $39.99 yang menyertakan 45 pek. Hearthstone sudah dikeluarkan untuk PC, iOS dan Android.

Sohor Kini