Nintendo hari ini mengumumkan mereka akan melancarkan Fire Embelm: Shadow Dragon and the Blade of Light untuk Switch pada 4 Disember ini. Ia hanya akan ditawarkan buat masa terhad sehingga Mac, 2021 sahaja. Video pengumuman boleh ditonton di bawah.
Ia adalah permainan pertama untuk siri Fire Emblem, dan dikeluarkan pada tahun 1990 untuk Famicom tetapi terhad kepada pasaran Jepun sahaja. Dengan pelancaran untuk Switch, ia pertama kali akan ditawarkan di pasaran global.
Versi Switch ini akan disertakan dengan pelbagai fungsi seperti menghasilkan Bookmark, dan juga Fast-Forward. Bookmark berfungsi seakan quick save, manakala Fast-Forward pula jika anda ingin mempercepatkan pergerakan di dalam permainan.
Dengan ditawarkan secara terhad, jika anda berminat pastikan anda dapatkannya yang kini boleh di pra-tempah dengan harga $5.99 melalui Nintendo eShop.