Skip to main content

Epic Games Store minggu ini menawarkan dua permainan percuma iaitu Costume Quest 2 dan Layers of Fear 2. Ia boleh ditebus bermula sekarang sehingga 29 Oktober sebelum digantikan dengan Blair Witch dan Ghostbusters: The Video Game Remastered.

Costume Quest 2 merupakan permainan RPG yang dibangunkan oleh Double Fine. Pemain akan menjadi Wren atau Reynold untuk melawan Dr. Orel White yang cuba memusnahkan Halloween. Pemain perlu pergi ke masa depan ataupun masa lepas untuknya. Ia juga menyertakan bentuk pertempuran mengikut turutan.

Layers of Fear 2 pula merupakan permainan seram yang dibangunkan oleh Bloober Team dan diterbitkan oleh Gun Media. Ia merupakan permainan sudut pandangan pertama yang memfokuskan kepada pengembaraan di mana pemain akan menjadi pelakon untuk satu filem seram.

Selain itu, bermula sekarang sehingga 5 November, Epic Games Store turut menganjurkan jualan promosi bersempena dengan sambutan Halloween pada bulan ini. Mereka menawarkan hampir kesemua permainan dengan potongan harga.

Berikut adalah antara permainan menarik;

  • Red Dead Redemption 2 – $35.50
  • Control Ultimate Edition – $11.89
  • Mafia Trilogy – $38.24
  • Death Stranding – $39.89
  • Vampyr – $7.49

Anda boleh layari pautan ini untuk melihat senarai penuh permainan yang ditawarkan dengan harga lebih murah.

Bagi anda yang masih memiliki sebarang kupon $10 untuk Epic Games Store, anda boleh gunakan semasa jualan promosi ini, tetapi ia terhad kepada permainan yang dijual dengan harga sekurang-kurangnya $14.99.

Jika anda masih tidak mendapatkan Rocket League di Epic Games Store, yang ditawarkan percuma, anda boleh melakukanny untuk mendapatkan satu kupon. Kupon tersebut boleh digunakan, contohny, untuk mendapatkan Red Dead Redemption 2 dengan harga $25.50 (~RM105) sahaja.

Leave a Reply