Kojima Productions Mengesahkan Sedang Membangun Permainan Baharu

Selepas pelancaran permainan sulung untuk Kojima Production iaitu Death Stranding pada tahun lepas, ramai yang ternanti-nanti permainan seterusnya oleh mereka atau secara khususnya permainan seterusnya oleh Hideo Kojima.

Melalui ciapan di akaun Twitter rasmi, mereka telah mengesahkan yang sedang membangun permainan baharu dan sedang mencari pekerja untuk beberapa jawatan kosong. Antaranya adalah pengaturcara, pereka permainan, pereka bunyi dan juga penulis.

Buat masa ini, maklumat mengenai permainan baharu tersebut masih tidak dikongsi-kan lagi. Namun, apabila ia tiba kelak, kami sudah semestinya akan kemaskini, walaupun mungkin kurang memahaminya.

Sohor Kini