Pasukan-pasukan terbaik dari Asia Tenggara akan bertempur pada 23 sehingga 25 Oktober ini untuk merebut kejohanan PUBG Mobile Pro League Asia Tenggara.
Kejohanan ini akan disiarkan secara langsung melalui Facebook Gaming. Tencent telah menawarkan pelbagai ganjaran barangan di dalam permainan berdasarkan rekod jumlah tontonan serentak.
Ia menawarkan hadiah terkumpul sebanyak $150 ribu, selain itu, 4 pasukan terbaik juga akan mewakili benua ini bagi kejohanan PUBG Mobile Global Championship yang buat masa ini masih tiada tarikh kejohanan.
Seperti kita sedia maklum, mewakili Malaysia adalah Team Secret, Yoodo Gank, Team SMG dan Geek Fam sekalu pasukan terbaik ketika kejohanan PUBG Mobile Pro League Malaysia/Singapura. Berikut adalah senarai penuh untuk pasukan;
Country | Teams |
Malaysia | Team Secret, Team SMG, Geek Fam, Yoodo Gank |
Vietnam | V Gaming, BOX Gaming, Xavier Team |
Indonesia | Aerowolf Limax, Aura Esports, Bigetron RA |
Thailand | Secret Jin, RRQ Athena, Power888 KPS |
Wildcard | Iconic PH, Yangon Galacticos, All-Star Team Puyat |