Skip to main content

Bermula hari ini sehingga 26 Oktober 2020 ini, Steam mengadakan acara khas Steam Digital Tabletop Fest di mana mereka berkongsi pelbagai permainan papan digital dengan pelbagai acara dan aktiviti.

Menurut Steam, ini merupakan pertama kali acara ini diadakan di mana ia menghubungkan antara dunia fizikal dan digital yang dianjurkan secara bersama dengan Auroch Digital. Acara ini juga mempamerkan pelbagai aktiviti dan penstriman oleh pelbagai pembangun permainan papan digital seperti permainan Plague Inc: Evolved, Othercide, Gloomhaven dan sebagainya yang mana mereka akan berkongsi bagaimana permainan tersebut di bangunkan bersama topik-topik lain.

Selain itu, terdapat juga jualan permainan papan yang terdiri daripada pelbagai judul seperti Sid Meier’s Civilization VI, Tabletop Simulator, XCOM 2, A Game of Thrones: The Board Game dan sebagainya dengan diskaun sehingga 75%.

Bagi anda yang berminat, anda boleh terus ke laman rasmi Steam Digital Tabletop Fest di mana anda boleh lihat kesemua senarai jadual aktiviti, penstriman dan juga jualan permainan papan melalui pautan di bawha.

Layari: Steam Digital Tabletop Fest

Leave a Reply