SEGA dan Amplitude Studios hari ini akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran buat permainan strategi seakan siri Civilizization iaitu Humankind di mana ia akan tiba sekitar April 2021 ini.

Bersempena dengan pengumuman ini, mereka juga kini membuka pra-tempahan untuk permainan tersebut untuk PC melalui Steam, Epic Games Store dan juga di Stadia di mana ia akan dijual dengan harga RM152.15 selepas 15% diskaun khas. Harga penuhnya ia akan dijual dengan harga RM179.

Melalui edisi Deluxe permianan ini, SEGA akan menyertakan pelbagai kandungan-kandungan digital khas seperti kandungan pasca-pelancaran dan set Avatar bersama set poster dan muzik latar digital.

Bagi anda yang bermiant, anda boleh membuat pra-tempahannya di laman rasmi permainan ini ataupun di Steam.

Sohor Kini