Devolver Digital hari ini mengumumkan yang mereka telah mengambil-alih Croteam iaitu studio pembangunan yang terkenal sebagai pembangun untuk siri permainan Serious Sam dan juga The Talos Principle. Ia dikatakan sebagai ‘satu perkahwinan selepas berpuluh tahun bercinta’.

Kerjasama antara Devolver Digital dan Croteam bermula semasa permainan pertama untuk Serious Sam lagi iaitu pada tahun 2001, dan pada masa itu Devolver Digital dikenali sebagai Gathering of Developers. Selepas itu, mereka mengeluarkan 4 lagi permainan bersama, termasuk juga Serious Sam 4 yang dikeluarkan pada tahun lepas.

Permainan seterusnya untuk Croteam adalah The Talos Principle 2 yang buat masa ini masih tidak menerima sebarang tarikh pelancaran. Croteam akan menyertai Good Shepherd Entertainment sebagai studio pembangunan permainan video di bawah Devolver Digital.

Sohor Kini