Epic Games telah melancarkan kemaskini untuk Fortnite, selain menyertakan acara masa terhad Fortnitemares, khusus untuk PC mereka juga menyediakan satu penambah-baikkan yang akan mengurangkan penggunaan storan.
Kemaskini ini adalah bersaiz besar iaitu sebanyak 27GB di PC, tetapi selepas pemasangan tersebut ia akan mengurangkan sebanyak 60GB saiz pemasangan untuk permainan battle royale tersebut. Fortnite sebelum kemaskini ini menggunakan lebih kurang 88GB, kini ia sekitar 26GB sahaja.
Mereka juga mengatakan yang penambah-baikkan ini juga akan memastikan kemaskini seterusnya akan bersaiz kecil, ia juga akan mempertingkatkan kadar kepantasan pemuatan.
Fortnite sudah dilancarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch, PC dan Android.