Epic Games telah menganjurkan acara masa terhad untuk Fortnite iaitu Fornitemares bermula pada 22 Oktober sehingga 3 November ini, ia adalah bersempena sambutan Halloween pada bulan ini.

Antara kandungan baharu yang disertakan adalah Midas’ Revenge iaitu pemain yang telah dibunuh di mod permainan Solo, Duos ataupun Squads akan kembali menjadi Shadow dan akan bersama dengan Shadow lain untuk mengalahkan pemain lain. Shadow akan mempunyai pelbagai kebolehan termasuk juga mengawal kereta.

Pemain juga berpeluang untuk menyelesaikan cabaran khusus bagi acara ini untuk mendapatkan pelbagai ganjaran seperti barangan kosmetik. Fortnite sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch, PC dan Android.

Sohor Kini