Bandai Namco dan Heavy Iron Studios telah mengumumkan Pac-Man Mega Tunnel Battle iaitu permainan Battle Royale berdasarkan Pac-Man. Ia akan tiba terlebih dahulu untuk Stadia sebelum platform lain. Pelanggan Stadia juga boleh mencuba demo untuknya.

Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Melalui permainan ini, 64 pemain akan mempunyai peringkat tersendiri tetapi akan bersambung dengan pemain-pemain lain. Pemain terakhir yang bertahan akan memenangi keseluruhan sesi tersebut.

Ia akan dilancarkan secara rasmi pada 17 November ini secara eksklusif buat masa terhad di Stadia.

Sohor Kini