Bethesda akhirnya melancarkan DLC pertama untuk Doom Eternal iaitu The Ancient Gods yang pertama kali diumumkan pada bulan Ogos lepas. Ia adalah bahagian pertama daripada dua bahagian. Bersempena dengan pelancaran tersebut, mereka juga berkongsi satu video pelancaran.
The Ancient Gods meneruskan penceritaan daripada permainan utama, di mana walaupun sudah menumpaskan Khan Maykr, keadaan masih tidak tenang kerana peralihan kuasa masih berlaku. Pemain perlu kembali ke Urdak untuk menyelamatkan dunia.
Ia boleh didapati sebagai DLC ataupun secara kendiri (tanpa memerlukan permainan asas Doom Eternal) dengan harga RM79. Ia juga boleh dibeli melalui pas Year One yang menyertakan kedua-dua bahagian dengan harga RM129.
Doom Eternal sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Anda boleh baca ulasan untuk Doom Eternal – Ulasan Doom Eternal – Raja Permainan Menembak