Seperti yang dijanjikan oleh Activision sebelum ini, kandungan The Haunting Of Verdansk bersempena dengan bulan Halloween akhirnya berlangsung secara rasmi buat permainan Call Of Duty Modern Warfare dan Warzone di mana mereka menyertakan beberapa kandungan tambahan melalui musim ke-6 permainan tersebut.
Buat pertama kalinya, kandungan Halloween kini akhirnya tiba di kedua-dua permainan tersebut bersempena dengan musim ke-6 permainan ini di mana ia akan berlangsung pada 21 Oktober ini sehingga 4 November ini.
Menurut Activision, acara ini akan meneyrtakan sistem “Trick or Treat” baharu yang mana pemain berupaya untuk dapatkan pelbagai ganjaran menarik. Selain itu, mereka juga menyertakan pelbagai kandungan tambahan seperti mod Zombie Royale di mana ia adalah seakan mod pertempuran royale namuin dengan musuh-musuh zombi.
Menariknya juga, Activision juga membawa kostum khas yang pemain boleh dapatkan di mana ia menyertakan dua watak daripada siri filem seram iaitu Saw dan The Texas Chainsaw Massacre. Menariknya, kedua-dua kostum tersebut juga akan menyertakan berkas bersama senjata khas.
Untuk senarai kemaskini penuh, anda boleh melayari blog rasmi Call of Duty, untuk melihat segala kandungan baharu dan juga pelbagai kemaskini lain yang diumumkan bersama.
Call of Duty Modern Warfare dan Call of Duty Warzone sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.