Square-Enix hari ini telah melancarkan satu video khas yang memperlihatkan pembukaan untuk permainan Balan Wonderworld di mana ia memperlihatkan watak Leo Craig dan Emma Cole bertemu dengan maestro Balan.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Balan Wonderwolrd merupakan permainan aksi platformer yang dihasilkan oleh pereka Sonic The Hedgehog iaitu Yuji Naka bersama-sama dengan Naoto Ohshima.

Melalui permainan ini, pemainan akan pengembara di dalam dunia yang penuh dengan pelbagai jenis kostum sehingga lebih dari 80 kostum pilihan yang pemain boleh guna untuk bertempur dengan musuh dan juga menyelesaikan pelbagai jenis tekaria.

Balan Wonderworld akan tiba pada 26 Mac 2021 ini di konsol PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox Series, Xbox One, Switch dan juga PC.

Sohor Kini