Dengan pelancaran konsol Xbox Series S dan Xbox Series X yang semakin hampir pada 10 November 2020 ini, Razer hari ini mengumumkan yang mana barisan produk Xbox mereka akan kekal menyokong kedua-dua konsol tersebut.

Ini sekaligus mengesahkan yang mana 6 produk Xbox rasmi oleh Razer akan menyokong di konsol generasi seterusnya yang terdiri daripada:

  • Razer Nari Ultimate Designed for Xbox
  • Razer Wolverine Ultimate
  • Razer Wolverine Tournament Edition
  • Razer Atrox Designed for Xbox arcade stick
  • Razer Thresher Designed for Xbox
  • Razer Turret Designed for Xbox

Seperti anda sedia maklum, kesemua produk-produk Razer di atas telah pun dilancarkan sebelum di mana ia boleh di beli melalui mana-mana pengedar rasmi Razer. Untuk informasi lanjut anda boleh ke laman rasmi Razer.

Sohor Kini