Ubisoft hari ini berkongsi perancangan kandungan pasca pelancaran untuk Assassin’s Creed Valhalla yang akan tiba bermula Disember ini. Ia menyertakan kandungan berbayar dan juga percuma.

Kandungan percuma akan hadir secara musim, iaitu musim pertama akan dikeluarkan pada bulan Disember ini. Ia akan menyertakan penempatan baharu, sambutan perayaan Viking iaitu Yule Festival, mod permainan River Raids dan juga barangan seperti senjata serta kosmetik baharu.

Musim kedua akan dikeluarkan pada Mac 2021, yang juga akan menyertakan kandungan tambahan dan musim ketiga akan diumumkan kemudian.

Manakala untuk kandungan berbayar pula mereka mengumumkan dua DLC iaitu Wraith of the Druids dan The Siege of Paris. Wraith of the Druids akan membawa pemain ke kawasan baharu iaitu Ireland, dan The Siege of Paris pula pemain akan bermain di Paris. Kedua-dua DLC ini boleh didapati melalui pas semusim yang juga menyertakan misi eksklusif iaitu The Legend of Beowful.

Mereka juga mengumumkan yang Discovery Tour juga akan kembali untuk permainan ini, di mana ia akan tiba pada tahun hadapan. Assassin’s Creed Valhalla akan dikeluarkan pada 10 November 2020 untuk PlayStation 4, Xbox One, Xbox Series dan PC. Ia tiba untuk PlayStation 5 bermula 12 November.

Sohor Kini