The Hollywood Reporter hari ini melaporkan yang Hasbro melalui syarikat produksi mereka eOne akan menerbitkan siri TV dan juga filem baharu untuk Power Rangers. Siri TV dan filem tersebut akan berlaku di dalam satu universe.

Kedua-dua projek tersebut akan diselia dan juga diarah oleh Jonathan Entwistle iaitu penerbit untuk siri Netflix The End of the F***ing World dan I Am Not Okay With This. Beliau sebelum ini sudah terlibat dengan projek Power Rangers bersama dengan Paramount, akan tetapi kini eOne akan mengambil alih dan Entwistle akan memainkan peranan yang lebih besar.

Siri TV dan filem ini akan menggunakan watak dan penceritaan baharu dan tidak akan mengambil filem Power Rangers yang dikeluarkan pada tahun 2017. Buat masa ini masih tiada sasaran tarikh untuk pengeluaran kedua-dua projek tersebut.

Sohor Kini