Skip to main content

Beberapa minggu lepas, kami melaporkan yang mana Prime Sports International Sdn Bhd mengadakan satu kejohanan Mobile Legends Bang Bang antara 8 universiti di mana ia berlansung pada 10 dan 17 Oktober lepas.

Setelah beberapa pusingan, kejohanan tersebut akhirnya tamat dengan pasukan dari universiti UITM, iaitu UITM Vendetta berjaya meraih juara selepas bertembung dengan Monash University.

Seperti yang anda lihat di senarai jadual di atas, pasukan UITM membawa kejayaan dari pusingan pertama di mana mereka menjuarai setiap pertarungan dengan markah 2-0, sehinggalah ke pusingan akhir dengan jumlah 3-0.

Menurut Prime Sports International, dengan sokongan jenama 100 Plus dan Domino’s Pizza untuk kejohanan pertama ini, mereka juga berminat untuk mengajurkan lebih banyak kejohanan pada masa akan datang antara kolej, universiti dan juga sekolah.

Muhammad Nabil Bin Japri, iaitu kapten untuk pasukan UITM Vendetta juga menyatakan yang mana mereka berbangga untuk menyertai kejohanan pertama UeL (University e-League) di mana mereka bukan sahaja dapat mewakili universiti mereka, malah dapat tingkatkan kerjasama antara pasukan. Mereka juga dapat berkenalan dan berhubung dengan pelajar dari universiti dan kolej yang mana sekaligus membuatkan mereka tidak sabar untuk menyertai kejohanan seterusnya yang serupa.

Yong-chul Yun, iaitu ketua pegawai eksekutif Prime Sports International juga menyatakna yang mana mereka berbangga dengan kejayaan kejohanan ini sepanjang dua minggu ini dan mereka lihat bagaimana acara ini dapat membawa pelajar dan institut pembelajaran bersama. Beliau juga menyatakan pada masa akan datang mereka akan tingkatkan jumlah penyertaan dengan lebih banyak permainan untuk kejohanan seterusnya.

Kami di Aksiz juga ingin mengucapkan tahniah buat pasukan UITM Vendetta atas kejayaan mereka.

Leave a Reply