Jika di dalam permainan Marvel’s Spider-man, kita diperkenalkan dengan pelbagai watak lain seperti Aunt May, Captain Yuri dan juga Mary Jane yang memberi sokongan kepada penceritaan. Hari ini, Insomniac Games berkongsi pula watak-watak lain untuk Marvel’s Spider-man Miles Morales.

Selain memperkenalkan Miles Morales sendiri, mereka juga berkognsi mengenai watak seperti Danika Hart yang mungkin akan menjadi ‘lawan’ kepada J.Jonah Jameson kerana beliau mempunyai rancangan Podcast sendiri dan menyukai apa yang dilakukan oleh Spider-man.

Seterusnya Hailey Cooper iaitu pengkarya jalanan yang mempunyai masalah pendengaran. Beliau menggunakan grafiti untuk membangkitkan pelbagai isu sosial. Akhir sekali adalah Ganke Lee, beliau merupakan pembangun perisian komputer.

Marvel’s Spider-man akan dikeluarkan pada 12 November ini untuk PlayStation 4 dan PlayStation 5.

Sohor Kini