Tiny Build Games hari ini mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan satu permainan sampingan berdasarkan siri Hello Neighbor iaitu Hello Engineer di platform Stadia.
Permainan tersebut akan dilancarkan sekitar tahun hadapan dan ia memfokuskan bentuk multi-pemain di mana pemain perlu bekerjasama untuk penghasilkan satu mesin dan sekali lagi melarikan diri dari ‘jiran’ yang akan mengejar pemain.
Menurut Tiny Build Games, bentuk permainan ini akan diperlihatkan secara rasmi pada hujung minggu ini. Kami di Aksiz akan mengemaskininya setelah ia diumumkan.