Koleksi permainan Halo: The Master Chief Collection yang menyertakan permainan-permainan Halo pertama sehingga Halo 4 kini disahkan akan menerima kemaskini penaik-tarafan di konsol Xbox Series S dan Xbox Series X secara percuma.

Menurut Microsoft, penaik-tarafan tersebut akan dilancarkan secara percuma buat semua pemilik permainan tersebut dan melalui Xbox Game Pass pada 17 November 2020.

Dari segi penaik-tarafan, Microsoft menjanjikan sokongan kadar bingkai sesaat sehingga 120FPS, peningkatan bentuk multi-pemain secara skrin pembahagian dengan sokongan sehingga resolusi 4K untuk Xbox Series X bersama segala peningkatan dan optimum di konsol tersebut.

Halo: The Master Chief Collection sebelum ini telah pun dilancarkan di konsol Xbox One dan versi PC permainan ini juga menerima pelancaran secara berperingkat dengan penaik-tarafan visual melalui Steam.

Sohor Kini