Corpse Party Blood Drive Akan Tiba Untuk Switch Sekitar Tahun Ini

Mages Inc ataupun sebelum ini dikenali sebagai 5bp mengumumkan yang mereka akan membawa Corpse Party Blood Drive ke Nintendo Switch sekitar tahun ini. Tarikh akan diumumkan apabila mereka sudah mempunyai tarikh yang tetap.

Melalui versi ini, ia akan menyertakan kandungan tambahan berdasarkan Corpse Party: Blood Covered …Repeated Fear yang sudah dikeluarkan untuk PSP, iOS dan Nintendo 3DS sejak tahun 2010 yang secara sendiri merupakan permainan dengan kandungan tambahan untuk Corpse Party: Blood Covered yang dikeluarkan pada tahun 2006.

Buat masa ini, ia hanya disahkan untuk pasaran Jepun, untuk pasaran global masih tidak diumumkan.

Sohor Kini