Axle Motorsports hari ini mengumumkan yang mana mereka akan membawa satu lagi kejohanan perlumbaan untuk Asia Pasifik iaitu E1 Championship yang memfokuskan permainan RaceRoom di mana ia akan diadakan secara maya bermula bulan hadapan.
Kejohanan ini juga adalah hasil kerjasama bersama eGG Network di mana ia akan berlangsung bermula pada 18 November 2020 untuk pusingan pertama dan di bawa ke sepanjang bulan Disember dan sehingga 13 Januari 2021 untuk pusingan kelapan.
Pusingan pertama kejohanan ini akan bermula dengan litar Sepang International Circuit dan format perlumbaan akan menggunakan sistem pemarkahan mengikut imej di atas. Dengan wang hadiah melebihi RM62,000, kejohanan tersebut akan meletakkan 24 pelumba di dalam 12 pasukan untuk berlumba daripada 16 negara untuk berebut juara tersebut.
eGG Network juga menyatakan keseluruhan kejohanan tersebut akan disiarkan secara langsung melalui saluran eGG untuk negara Malaysia, Singapura, Brunei, Filipina, Indonesia, Thailand, Myanmar dan Australia.
Menurut Alex Yoong iaitu pengasas Axle Motorsports, kejohanan ini sememangnya akan memberi peluang bukan sahaja untuk pelumba malah pengulas mempamer bakat mereka di industri eSukan. Dicampur juga dengan industri permotoran yang terhad akibat pandemik ini, perlumbaan secara maya juga menjadi pilihan untuk peminat berkongsi kehangatan perlumbaan dan pada masa yang sama segala kemahiran pelumba juga boleh dibawa secara nyata untuk perlumbaan sebenar.
Bagi anda yang berminat, pendaftaran kini dibuka dan menurut Axle Motorsport akan terdapat bayaran masuk yang akan diumumkan kelak. Untuk informasi lanjut termasuklah pautan pendaftaran, anda boleh membacanya di bawah.
Layari: E1 Championship