Legends of Runeterra Menerima Kejohanan Di Dalam Permainan

Bersempena dengan pelancaran fasa kedua untuk penambahan Call of the Mountain buat permainan kad digital Legends of Runeterra, Riot Games telah mengumumkan kejohanan musim yang akan berlangsung di dalam permainan.

Kejohanan ini akan berlangsung bulan kedua untuk setiap musim, dan yang pertama adalah pada 6 Disember 2020. 1024 pemain terbaik daripada setiap benua akan merebut hadiah utama sebanyak $10 ribu, pertandingan akhir juga akan dipertontonkan secara langsung.

Seperti diumumkan sebelum ini, penambahan Call of The Mountain akan mempunyai tiga fasa, fasa pertama sudah tiba pada Ogos lepas, fasa kedua tiba bulan ini yang menyertakan 40 kad baharu termasuk juga 3 hero. Fasa ketiga dan terakhir akan tiba pada bulan Disember ini.

Legends of Runeterra sudah dikeluarkan untuk PC dan juga iOS serta Android.

Sohor Kini