P.T. iaitu salah satu demo permainan acah oleh Konami dengan kerjasama Hideo Kojima dan Guillermo Del Toro yang dilancarkan di Playstation 4 pada tahun 2014 lepas semestinya satu demo permainan yang sering menjadi perbualan pemain di Internet.
Terkini, tampaknya demo tersebut mungkin akan ditinggalkan secara rasmi selepas ia dibuang di senarai PlayStation Store beberapa tahun lepas di mana kini, Konami mengesahkan demo tersebut tidak boleh dimainkan di konsol PlayStation 5.
Menurut laporan Games Radar, Konami menyatakan yang mana memandangkan permainan tersebut tidak disenaraikan di PlayStation Store, pemain juga tidak boleh memuat-turun permainan tersebut melalui fungsi keserasian kebelakang untuk konsol PlayStation 5.
Ini sekaligus membuatkan demo permainan seram tersebut hanya boleh dimainkan di konsol PlayStation 4 dan legasi permainan Silent Hill tersebut akan terkubur di situ sahaja.
Meskipun sebelum ini terdapat ura-ura berkenaan permainan Silent Hill baru sedang dibangunkan, buat masa ini Konami tidak berkongsi sebarang informasi tambahan berkenaannya.