Bulan Ogos lepas, Spotify telah mengumumkan kolaborasi bersama dengan Riot Games untuk menghasilkan kandungan berdasarkan League of Legends bersempena dengan World Championship 2020. Hari ini, mereka hadir dengan fungsi menghasilkan senarai lagu berdasarkan gaya anda bermain League of Legends.
Untuk memulakan fungsi ini, anda perlu layari laman spotify.com/lolworlds dan menjawab beberapa soalan berkait dengan gaya anda bermain dan juga makanan kegemaran(?), sebelum ia akan memberi gaya anda bermain bersama dengan senarai lagu khusus untuk anda. Ia juga akan memperlihatkan pemain League of Legends yang mempunyai gaya yang sama dengan anda.
League of Legends sudah dikeluarakan secara percuma untuk PC. Kejohanan utama permainan tersebut iaitu World Championship sudah bermula sejak September dan akan berlangsung sehingga 31 Oktober ini.