Microsoft hari ini mengumumkan yang penambahan untuk permainan yang akan menyertai Xbox Game Pass pada bulan ini, iaitu Tom Clancy’s Rainbow Six Siege yang akan disertakan untuk Xbox Game Pass bagi Xbox One dan Android (xCloud) pada 22 Oktober ini tetapi tidak untuk PC.
Rainbox Six Siege merupakan permainan menembak kompetitif oleh Ubisoft. Ia dikeluarkan sejak tahun 2015 lagi akan tetapi terus menerima pelbagai penambahan sehingga sekarang, termasuk juga menyertakan Sam Fisher sebagai Operator baharu.
Bagi anda yang ingin mengetahui lanjut, ataupun ingin mengetahui cara untuk melanggan Xbox Games Pass for PC anda boleh membacanya di artikel – 5 Tip Penggunaan Xbox Game Pass for PC.