Pathea Games iaitu pembangun dari China telah mengumumkan yang permainan aksi pengembaraan My Time at Portia mereka telah terjual sebanyak 1.7 juta unit sejak dikeluarkan pada April tahun lepas.
Daripada jumlah tersebut, 80% adalah hasil penjualan di luar China. Jumlah pendapat pula telah mencecah $20 juta, dan 70% adalah daripada luar China.
My Time at Portia telah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC. Bagi pasaran global, ia diedarkan oleh Team 17. Anda boleh baca ulasan kami untuknya melalui pautan ini.