ConcernedApe ataupun Eric Barone telah mengumumkan yang kemaskini seterusnya untuk Stardew Valley iaitu kemaskini 1.5 akan menyertakan mod koperasi secara setempat, di mana pemain akan bermain secara splitscreen/pembahagian skrin.

Buat masa ini tidak disahkan jika ia terhad kepada 2 pemain sahaja ataupun lebih. Selain daripada fungsi baharu ini, terdapat juga pelbagai barangan baharu yang akan disertakan seperti yang hadir di dalam tangkapan skrin di atas.

Stardew Valley sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch, PC, iOS dan Android.

Sohor Kini