Bungie Menghentikan Penjualan Cheat Untuk Destiny 2

Bungie minggu ini telah menghentikan penjualan cheat untuk permainan mereka iaitu Destiny 2. PerfectAim merupakan penyedia cheat untuk pelbagai permainan, termasuk juga Destiny 2.

Namun, dengan perkembangan terbaru ini, penjualan tersebut telah dihentikan. Laman untuk cheat tersebut masih boleh diakses tetapi ia disertakan dengan kenyataan yang penjualan untuknya sudah dihentikan.

Antara penipuan yang disertakan bagi Destiny 2 adalah Aimbot, ESP, Radar dan pelbagai perkara yang lain. Buat masa ini, tidak disahkan jika Bungie akan mengambil tindakan lanjut.

Destiny 2 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Sumber: PC Gamer

Sohor Kini