Skip to main content

Granblue Fantasy Versus akan menerima Cagliostro sebagai watak DLC kedua untuk Character Pass 2 di mana ia akan tiba 21 Oktober ini. Bersempena dengannya, mereka telah berkongsi satu video yang memperlihatkan beliau bertempur.

Selain itu, pada pengakhiran video tersebut, mereka juga mengumumkan yang watak DLC seterusnya adalah Yuel yang akan tiba pada Disember tahun ini. Watak tersebut akan diumumkan secara lanjut kelak.

Dengan pengumuman ini, tiga watak untuk Character Pass 2 telah disahkan, ia akan menyertakan 6 secara keseluruhan di mana tiga lagi akan tiba pada tahun hadapan. Setiap watak juga boleh dibeli secara berasingan.

Granblue Fantasy: Versus sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan PC.

Sumber: Siliconera

Leave a Reply