Bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-60 untuk SEGA, mereka telah menganjurkan jualan promosi serta memberikan beberapa permainan klasik secara percuma. Jualan promosi dan tawaran ini adalah sehingga 20 Oktober sahaja, oleh itu hari ini dan esok adalah peluang terakhir untuk anda dapatkannya.

Berikut adalah permainan percuma yang ditawarkan;

  • Street of Kamurocho
  • Endless Zone
  • Armor of Heroes
  • Sonic the Hedgehog 2
  • Golden Axed: A Cancelled Prototype
  • Barangan untuk Two Point Hospital
  • Total War: SHOGUN 2 – Battle of Kawagoe (DLC)

Jika anda sedang mencari mana-mana permainan SEGA, anda boleh melihat senarai penuh permainan yang ditawarkan dengan potongan harga serta percuma di pautan ini.

Sohor Kini