Tencent telah membawa kembali mod Infection untuk permainan mudah alih PUBG Mobile bersempena Halloween yang disambut pada bulan ini. Ia merupakan mod yang diperkenalkan pada Ogos tahun lepas sebagai kolaborasi bersama dengan Resident Evil 2.
Melalui mod ini, pemain akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Defender dan Zombi. Defender perlu bertahan daripada serangan zombi sehingga masa tamat, pemain dari Defender yang terbunuh akan bertukar menjadi zombi.
Zombi akan terus dihidupkan semula, sehinggalah hanya tinggal tiga orang Defender, di mana mereka akan menjadi lebih berkuasa iaitu Vanquisher. Zombi yang dibunuh oleh Vanquisher tidak akan hidup semula.
PUBG Mobile sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android.