Skip to main content

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Sony Interactive Entertainment hari ini akhirnya mengumumkan secara rasmi yang mana mereka akan mengemaskini kedai atas-talian, PlayStation Store dengan versi baharu di pelayar dan aplikasi telefon pintar.

Kemaskini tersebut akan mula berubah antara 19 hingga 31 Oktober ini dan melaluinya, mereka akan membuang beberapa akses pembelian dan fungsi tambahan.

Fungsi pertama yang akan dibuang adalah fungsi senarai hajat yang mana tidak lagi akan digunakan dan sebarang senarai fungsi senarai hajat pelanggan akan terus dibuang.

Fungsi seterusnya yang dibuang juga adalah keupayaan untuk membeli permainan PlayStation 3, PlayStation Portable dan PlayStation Vita termasuklah penambahan melalui pelayar dan aplikasi tidak lagi boleh dilakukan. Perkara yang sama juga untuk kandungan aplikasi, tema dan juga Avatar, di mana kesemua kandungan tersebut tidak lagi boleh dibeli melalui PlayStation Store di pelayar dan aplikasi telefon pintar.

Walaupun begitu, untuk mengakses kandungan-kandungan tersebut, seperti contoh permainan PlayStation 3, pemain masih lagi boleh membeli permainan melalui aplikasi yang terdapat di dalam konsol PlayStation 3 tersebut termasuklah kandungan di platform konsol masing-masing sama ada PlayStation Portable ataupun PlayStation Vita. Dari segi kandungan avatar dan tema, pelanggan juga masih boleh mengakses secara terus melalui konsol PlayStation 4.

Semestinya dengan tibanya konsol generasi baharu iaitu PlayStation 5, Sony juga kelihatan akan mengubah beberapa aspek kandungan di platform mereka termasuklah kedai atas-talian PlayStation Store. Kami juga percaya menjelang tahun hadapan, mereka ingin terus memfokuskan dua konsol utama iaitu PlayStation 4 dan PlayStation 5 sebagai ekosistem baharu mereka.

Leave a Reply