Izanagi Games dan Too Kyo Games kini akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran permainan Death Come True buat konsol PlayStation 4 di mana ia akan tiba pada 12 November 2020 ini secara global.

Permainan ini asalnya dirancang untuk dilancarkan minggu ini, namun ia terpaksa ditunda atas sebab beberapa pembaikan selepas sesi percubaan dan kini mereka akhirnya mengumumkan tarikh rasmi pelancarannya. Menurut pembangun, permainan ini akan tiba secara digital untuk pasaran global manakala versi fizikal akan tiba di pasaran Jepun sahaja. Menairknya, versi fizikal untuk pasaran Jepun tersebut juga akan sertakan cakera blu-ray khas di sebalik tabir pembangunan permainan tersebut.

Death Come True merupakan permainan FMV (Full Motion Video) seterusnya oleh pencipta siri Danganronpa. Permainan tersebut meletakkan pemain untuk bermain sebagai seorang lelaki yang dituduh sebagai pembunuh bersiri namun beliau tidak langsung mempunyai ingatan berkenaannya.

Permainan misteri novel visual ini sebelum ini telah pun dilancarkan di konsol Switch dan juga di PC melalui Steam. Ia juga tiba di peranti telefon pintar di iOS dan Android. Bagi anda yang berminat untuk dapatkan di PlayStation 4, anda boleh dapatkannya menjelang bulan hadapan.

Sohor Kini