Ubisoft hari ini mengumumkan yang mana permainan Assassin’s Creed Valhalla akhirnya siap dibangunkan. Ini sekaligus meletakkan permainan ini sedia untuk dipasarkan di mana ia akan dilancarkan secara rasmi pada bulan hadapan.

Assassin’s Creed Valhalla merupakan permainan aksi RPG seterusnya untuk siri Assassin’s Creed dan merupakan permainan ke-12 untuk siri utama permainan tersebut. Permainan ini juga bertempatkan di era Viking ketika tahun 873 dan memfokuskan pemain untuk bermain sebagai Eivor. Melaluinya, pemain berupaya untuk memilih watak lelaki ataupun perempuan dan pemain ditugaskan untuk menyelamatkan puak Viking mencari penempatan baharu.

Assassin’s Creed Valhalla akan dikeluarkan pada 10 November untuk PlayStation 4, Xbox One, Xbox Series dan PC. Versi PS5 akan tiba pada 12 November. Semua versi PS4 dan Xbox One akan menerima naik taraf percuma.

Sohor Kini