Menurut laporan Gematsu, permainan mudah-alih (Permua) World Flipper oleh CyGames akan dilancarkan di pasaran global termasuklah Malaysia dengan kerjasama Kakao Games menjelang tahun hadapan.

World Flipper merupakan permainan RPG Pinball yang dibangunkan oleh CyGames di mana ia sebelum ini telah pun dilancarkan di iOS dan Android di pasaran Jepun. Melalui pelancarannya secara global, permua ini sekaligus akan mempunyai sokongan bahasa Inggeris dan pada masa yang sama pemain global berupaya untuk mengaksesnya secara terus.

Melalui video dia tas, Yuito Kimura iaitu pengarah eksekutif CyGames dan dan KyeHyun Cho iaitu ketua pegawai eksekutif Kakao Games menyatakan yang mana mereka akan membawa permua ini secara global atas sokongan peminat. Pada masa yang sama, mereka juga berharap agar peminat akan memberi sokongan dan menanti pelancarannya kelak menjelang tahun 2021 ini.

Sohor Kini