Yoodo iaitu jenama telco yang terkenal di Malaysia hari ini mengumumkan yang mana mereka akan membawa kembali kejohanan PUBG Mobile memfokuskan pelajar kolej, iaitu PUBG Mobile Campus Championship (PMCC) bagi tahun 2020.

Dengan lebih dari 1,000 pelajar kolej dan universiti, kejohanan ini akan menempatkan pelajari dari seluruh Malaysia untuk berebut wang hadiah terkumpul sehingga RM60,000.

PUBG Mobile Campus Championship (PMCC) 2020 akan berlangsung bermula 31 Oktober sehingga 5 November 2020 ini di mana terdapat 5 pusingan kelayakan yang akan diadakan mengikut zon negeri iaitu:

  • Pusat (Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya)
  • Selatan (Melaka, Negeri Sembilan, Johor)
  • North (Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Perak)
  • Timur (Kelantan, Terengganu, Pahang)
  • Borneo (Sabah, Sarawak, Labuan)

Kejohanan tersebut akan diteruskan pada 7 hingga 15 November 2020 di mana pasukan yang berjaya ke peringkat rantau akhir akan bertempur ke pusingan akhir dengan 20 pasukan terakhir pada 27 dan 29 November 2020.

Menurut Yoodo, pasukan pemenang akan membawa pulang RM20,000 wang hadiah dan juga turut akan ke kejohanan PUBG Mobile National Championship 2021 bersama-sama dengan RM200 Yoodo credit dan barangan khas.

Chow Tuck Mun, iaitu ketua Yoodo menyatakan yang mana mereka sememangnya akan sentiasa menyokong bakat muda untuk mempamerkan kemahiran mereka di dalam industri permainan video yang mana atas sebab tersebut, mereka ingin membawa kembali kejohanan ini dengan lebih besar berbanding sebelum ini. Beliau juga menyatakan atas sebab wabak pandemik sekarang ini, kejohanan ini juga akan teruskan secara digital dan mereka tidak sabar untuk membawa pengalaman esukan PUBG Mobile.

Oliver Ye iaitu pengarah PUBG Mobile SEA juga menyatakan yang mana mereka amat berbangga untuk bekerjasama dengan Yoodo di mana mereka percaya kejohanan ini akan membawa satu lagi kejayaan buat permainan tersebut.

Menurut kenyataan rasmi Yoodo, selain dari memfokuskan pemain, kejohanan ini juga bertujuan untuk mencari bakat pengulas permainan di mana sepanjang kejohanan tersebut, peminat berpeluang untuk menyertai dan mengulas ketika kejohanan tersebut berlangsung. Yoodo juga mengadakan acara khas yang memberi peluang sebanyak 48 peminat untuk sertai sesi pertempuran bersama pemain profesional, pempengaruh dan wakil dari universiti.

Bagi anda yang berminat untuk menyertai kejohanan tersebut, pendaftarannya kini dibuka dan segala informasi lanjut berkenaannya boleh di baca melalui pautan di bawah.

Layari: Yoodo PUBG Mobile Campus Championship 2020

Sohor Kini