Skip to main content

Ketika acara Indie World oleh Nintendo pada bulan Ogos lepas, Nodding Head Games iaitu pembangun dari India melancarkan satu permainan pengembaraan yang bertempatkan di India, iaitu Raji: An Ancient Epic di konsol Switch.

Terkini, permainan tersebut akhirnya dilancarkan secara rasmi di platform lainiaitu konsol PlayStation 4, Xbox One dan juga PC melalui Steam.

Raji: An Ancient Epic merupakan permainan pengembaraan yang bertempatkan di era purba India. Melaluinya, pemain akan bermain sebagai Raji, di mana beliau perlu menyelamatkan adik lelaki beliau dan bertempur dengan ketua syaitan, Mahabalasura.

Bagi anda yang berminat, permainan ini boleh di beli dengan harga serendah RM44 sahaja di Steam manakala di platform lain ia dijual dengan harga $24.99(~RM104).

Leave a Reply