Next Studios, iaitu pembangun permainan Biped yang kami ulaskan sebelum ini, kini bekerjasama bersama Team 17 untuk membawa satu lagi permainan baharu iaitu Crown Trick di mana ia kini telah pun dilancarkan secara rasmi di PC melalui Steam dan di konsol Switch.
Crown Trick merupakan permainan roguelike strategi yang mana ia memfokuskan bentuk pertempuran secara turutan. Dengan pelbagai jenis senjata, pemain juga berupaya untuk bertempur dengan musuh dengan kombinasi serangan berelemen yang pelbagai dari elemen api, ais dan sebagainya.
Bagi anda yang berminat dengan permainan ini, anda boleh membelinya di Steam dengan harga RM49. Menariknya, bersempena pelancarannya, Team 17 juga menawarkan 10% diskaun khas sehingga 24 Oktober ini. Manakala versi Switch boleh dibeli dengan harga $19.99(~RM83).