Skip to main content

Sepertimana kami laporkan pada minggu lepas, Hasnul Hadi telah dilantik sebagai ketua untuk SIE Worldwide Studios Malaysia iaitu studio pembangunan permainan video di bawah Sony Interactive Entertainment.

Sebagai satu studio baharu, mereka juga mempunyai pelbagai jawatan yang masih terbuka. Berdasarkan penyenaraian di laman PlayStation, berikut adalah antara jawatan yang ada dan kesemuanya adalah akan bertempat di Kuala Lumpur;

  • Juruanimasi – Sinematik dan di dalam permainan
  • Pengurus Produksi
  • Pereka Watak Kanan
  • Pereka Teknikal

Bagi anda yang berminat jangan lepaskan peluang untuk mencuba dan menjadi sebahagian daripada studio terkenal di dalam industri permainan video.

SIE Worldwide Studios Malaysia akan terlibat dengan pelbagai projek bersama studio-studio lain di bawah SIE seperti Naughty Dog, Guerilla Games, Sucker Punch dan Insomniac Games.

Leave a Reply