Koei Tecmo hari ini mengumumkan permainan Atelier Ryza: Lost Legends & the Secret Fairy akan dikeluarkan pada 26 Januari 2021 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Switch dan PC. Ia akan tiba di Jepun lebih awal iaitu pada 3 Disember 2020.

Seperti yang diumumkan sebelum ini, pemain yang membeli versi PlayStation 4 akan menerima naik taraf percuma untuk versi PlayStation 5.

Bagi anda yang tidak mengetahui berkenaan siri Atelier Ryza, permainan ini merupakan susulan kepada Atelier Ryza: Ever Darkness & the Secret Hideout yang dilancarkan tahun lepas di mana ia memfokuskan watak ahli kimia Ryza dan pengembaraannya. Dengan permainan susulan ini, ia sekali lagi akan memfokuskan pengembaraan Ryza bersama-sama rakannya untuk menyelesaikan misteri “Lost Legends”.

Sohor Kini