Skip to main content

GSC sebelum ini telah mengumumkan yang mereka merupakan pengedar tunggal untuk Demon Slayer The Movie: Mugen Train di Malaysia. Hari ini mereka akhirnya berkongsi tarikh tayangan untuk filem tersebut iaitu;

  • Tayangan Awal – 5 Disember 2020 dan 23 Januari 2021
  • Tayangan Umum – bermula 4 Februari 2021

Ia akan ditayangkan secara eksklusif di GSC Mid Valley yang buat masa ini masih ditutup kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat. Jika berlanjutan mungkin perubahan tarikh akan berlaku.

Demon Slayer The Movie: Mugen Train merupakan filem pertama bagi siri anime ini, di mana kejadian di dalamnya adalah berlangsung terus selepas kejadian di dalam musim pertama untuk siri anime Demon Slayer. Di dalamnya mereka akan cuba menyiasat mengenai misteri yang berlaku di dalam sebuah kereta api.

Filem ini sudah pun bermula tayangan di Jepun pada hari ini.

Leave a Reply