Acara Esukan Disahkan Kembali Untuk Sukan Asia Tenggara 2021

Persekutuan Sukan Asia Tenggara telah mengesahkan yang acara esukan akan kembali dipertandingkan ketika Sukan Asia Tenggara 2021 yang akan berlangsung di Vietnam. Esukan pertama kali menyertai Sukan Asia Tenggara pada tahun lepas di Filipina.

Buat masa ini tidak disahkan lagi jumlah ataupun permainan yang akan dipertandingkan, di mana mereka akan melakukan pengumuman lanjut pada bulan November ini. Pada tahun lepas, 6 permainan dipertandingkan iaitu Mobile Legends: Bang Bang, Arena of Valor, Dota 2, Tekken 7, Starcraft, and Hearthstone.

Malaysia telah menghantar wakil untuk kesemua permainan pada tahun lepas dan membawa pulang emas untuk Hearthstone dan gangsa untuk Mobile Legends.

Sumber: One eSports

Sohor Kini