Bandai Namco hari ini mengumumkan yang mana mereka kini telah pun mengedarkan dan menjual secara digital bagi siri permainan Digimon Story: Cyber Sleuth melebihi 1.5 juta unit.

Siri permainan Digimon Story: Cyber Sleuth mempunyai dua permainan utama iaitu Digimon Story: Cyber Sleuth yang dilancarkan pada 2016 lepas dan Digimon Story: Cyber Sleuth yang dilancarkan pada 2018 lepas. Kedua-dua permainan tersebut merupakan permainan RPG yang mempunyai bentuk pertempuran secara turutan dengan pelbagai elemen penternakan Digimon.

Bagi anda yang berminat, kedua-dua permainan tersebut boleh dimainkan di konsol PlayStation 4, Switch dan juga PC.

Sohor Kini