Sebelum ini, Gearbox Software mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan kemaskini penaik-tarafan konsol generasi seterusnya untuk permainan Borderlands 3. Terkini, mereka mengumumkan yang mana mereka turut akan melancarkan kandungan musim kedua untuk DLC permainan tersebut.

Melalui penambahan musim kedua, Gearbox Software mengumumkan dua kandungan baharu iaitu Designer’s Cuts dan Director’s Cut yang mana ia memperlihatkan rekaan baharu untuk keempat-empat watak Vault Hunters.
Designer’s Cut akan menyertakan kemahiran pokok baharu untuk setiap Vault Hunter bersama mod baharu seperti Arms Race dan sebagainya. Kandungan tersebut akan dilancarkan pada 10 November ini di semua platform permainan tersebut termasuklah di konsol PlayStation 5 dan Xbox Series.
Manakala kandungan Director’s Cut akan diumumkan kemudian dan ia jadualkan untuk dilancarkan sekitar suku kedua tahun hadapan. Gearbox Software juga menyatakan yang mana mereka akan menyiarkan pelbagai informasi lanjut bermula 20 Oktober ini berkenaan penambahan baru ini.
Borderlands 3 sudah pun dilancarkan untuk konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC. Anda boleh baca ulasan kami di pautan ini.