Bandai Namco hari ini mengumumkan yang mana mereka sekali lagi akan menunda permainan Digimon Survive. Ia kini dijadualkan untuk dilancarkan pada tahun hadapan.

Permainan tersebut sebelum ini dirancang untuk dilancarkan pada tahun 2019 sebelum ia diumumkan akan tunda ke tahun ini pada tahun yang sama. Terkini, tampaknya peminat yang menanti permainan ini perlu menanti sehingga tahun hadapan.

Menurut Kazumasa Habu, iaitu penerbit permainan tersebut beliau menyatakan yang mana mereka memerlukan masa untuk membangunkan permainan tersebut terutamanya ketika saat pandemik ini. Mereka juga menyatakan mereka akan membawa bentuk permainan taktikal dan penceritaan yang menarik khas buat peminat. Informasi lanjut juga akan diumumkan sekitar suku kedua tahun hadapan.

Digimon Survive merupakan permainan strategi turutan berdasarkan siri Digimon. Ia dibangunkan untuk konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga PC

Sohor Kini